Baru-baru ini, sebuah video tular di laman sosial mengenai bubble tea yang ‘mengeras’ di tepi jalan oleh seorang gadis.

Menurut gadis tersebut, dia menggambarkan bubble tea di tepi jalan itu keras seperti batu dan tidak dapat dialihkan walaupun telah cuba mengoreknya.

Malah, ramai pihak termasuk syarikat jenama minuman yang disebut dalam video tersebut memberi respon terhadap video berkenaan di media sosial.

Berikutan itu, gadis dalam video itu membuat kenyataan dan meminta maaf kepada pihak yang terlibat melalui perkongsian di Twitter @nrzwn.

Difahamkan, gadis itu tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana syarikat atau kedai yang menjual air minuman viral berkenaan.

“Niat saya cuma ingin memberi kesedaran agar netizen sekalian terus beringat-ingat selalu dan menjaga kesihatan sebaiknya,” ujarnya.

“Untuk video bubble tea itu boleh menjadi seperti batu setelah terjemur adalah benar dan bukan sengaja ingin dijemur dan membuat andaian,” jelasnya.

Dia juga menyatakan campuran tepung ubi dan kandungan gula yang tinggi mungkin menyebabkan bubble tea itu keras.

“Saya juga tidak menyatakan supaya netizen tidak lagi membeli atau meminum air boba. Sama-samalah kita mengingatkan tentang penjagaan kesihatan diri masing-masing,” katanya lagi.

Gadis yang viral itu telah pun meminta maaf, kita boleh anggap kisah ini sebagai pengajaran atau menambah ilmu pengetahuan baru. Kalau tak, mungkin kita pun terkejut tengok bubble tea keras macam batu kat tepi jalan. Hehe.

Sumber: Twitter @nrzwn