Pengacara dan model iklan Trivago, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28 tahun, telah selamat melahirkan anak perempuan sulung pada awal pagi semalam.

IG Adila Ramly

Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan pada jam 3.15 pagi semalam dan gambar bayi comel bersama ibunya dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly, melalui insta story Instagram.

Namun, muka bayi perempuan itu tidak didedahkan kerana ditutup dengan emoji berbentuk hati. Mungkin si ibu mahu privasi buat anaknya yang baru lahir.

Untuk pengetahuan anda, Dahlia telah melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016 lalu. Tahniah buat Dahlia dan suami!

Sumber: Astro Awani