Walaupun ia bukan pertama kali gadis berhijab menyertai pertandingan ratu cantik, tetapi gadis Melayu ini mencuri perhatian apabila berjaya menempatkan diri di Top 20 Finalis Ratu Universe New Zealand 2018.

Gadis berdarah campuran Malaysia-Indonesia, Nurul Shamsul, 20 tahun, menjadi wanita berhijab pertama di New Zealand yang berjaya mara hingga ke peringkat akhir.

youtube.com

“Peluang seumpama ini diharap dapat memecah sebarang halangan dan stereotaip, malahan ia juga diharap dapat mendefinasikan semula erti kecantikan sebenar,” ujarnya.

Menurut pelajar University of Waikato itu, tujuan utama dia menyertai pertandingan ini adalah kerana mahu mendapatkan dana untuk membantu kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan serta kebuluran.

instagram.com

Sebagai umat Islam, Nurul tetap mengutamakan kepercayaan walaupun menyertai pertandingan ratu cantik tersebut.

“Saya berdoa supaya peluang ini sesuatu yang baik untuk diri saya dan agama. Saya mohon ia berlaku, tetapi jika tidak saya minta Tuhan menjauhkan diri saya daripadanya,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, ibu Nurul berasal dari Indonesia manakala bapanya berasal dari Malaysia.

Difahamkan, peringkat akhir Pertandingan Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos depan.

Sumber: mStar