Gadis manis ini mengejutkan rakyat Malaysia apabila namanya tiba-tiba menjadi sebutan setelah dia terpilih ke peringkat final Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand, baru-baru ini.

Gadis berdarah campuran Melayu dan Indonesia, Nurul Shamsul, 20 tahun, mendedahkan bahawa acara pakaian renang atau bikini sudah dimansuhkan sejak lima tahun lalu dalam pertandingan Miss Universe New Zealand itu.

Ig Nurul Shamsul

“Satu soalan yang kerap ditanya kepada saya adalah jika saya perlu memakai bikini, jawapannya tidak. Acara itu sudah dimansuhkan lima tahun lalu, jadi saya tidak perlu memakai pakaian itu,” jelasnya.

Ig Nurul Shamsul

Tambahnya, dia juga mengetahui negara Malaysia tidak membenarkan peserta beragama Islam menyertai pertandingan ratu cantik kerana peserta perlu berbikini tetapi ia tidak akan berlaku ke atas dirinya.

Ig Nurul Shamsul

“Miss Universe New Zealand amat berbeza, saya dibenarkan untuk memakai apa sahaja pakaian yang saya mahu ketika sesi penggambaran,” katanya.

Difahamkan, acara bikini tersebut dimansuhkan kerana pihak penganjur mahu menghentikan amalan menghakimi wanita menerusi penampilan tubuh badan mereka.

Sumber: mStar