Bahasa Melayu adalah bahasa yang terkenal dan juga mempunyai kelas yang tersendiri. Bahasa ini ditimbulkan dengan kemahiran dan kehalusan, menjadikannya salah satu bahasa yang indah.

Mungkin terdapat segelintir masyarakat yang berasa malu untuk menggunakan bahasa melayu ketika berkomunikasi, tapi lain pula cerita gadis jepun yang fasih berbahasa melayu ini.

Hana Takahashi adalah seorang penuntut di Universiti Bahasa Asing, Tokyo. Gadis jepun ini bukan hanya meminati Bahasa Melayu tetapi juga mempunyai minat untuk memahami aspek masyarakat, budaya, serta agama di Malaysia.

Ketika ditemu ramah sendiri oleh Menteri Pendidikan iaitu Dr Maszlee Malik, gadis itu kelihatan fasih berbahasa Melayu dan mendapat perhatian netizen. “Saya suka belajar bahasa Melayu kerana kalau saya cakap bahasa Melayu, boleh faham apa yang orang Malaysia fikir dan saya boleh tahu budaya dan agama di Malaysia,” katanya.

Gadis jepun ini juga mengakui pernah berkunjung ke Malaysia sebanyak 3 kali dan menggemari teh ais dan roti canai.

Sumber: Awani