Bila bercakap pasal Negara Turki, pasti ramai yang ingin pergi melancong ke sana. Apakah yang istimewa tentang Turkey? Anda perlu ke Turki kerana murah, halal, selamat dan indah. Turki mempunyai 81 negeri, dimana jika anda melancong sebulan pun tidak cukup untuk jelajah 1 negara Turki.

Setiap negeri pula mempunyai keistimewaannya yang tersendiri terutama dari sudut sejarah. Berikut merupakan senarai negeri di Turki yang saya sempat jelajah ketika berada di sana selama 5 bulan. Berikut adalah beberapa tips yang dikongsikan oleh Amira Yusof untuk mereka yang ingin melancong ke Turki.

1. Muat turun aplikasi TRAFI

Aplikasi TRAFI akan memudahkan anda menggunakan kenderaan awam di Istanbul. Setiap negeri ada aplikasinya sendiri, tapi tidak semua negeri ada, biasanya bandar-bandar besar sahaja, contohnya Ankara, boleh muat turun EGO CEP’te.

2. Kad TnG

Setiap negeri ada kad ‘TnG’ sendiri. Contohnya di Istanbul-istanbulkart, Antalya-ankarakart, mersin-mersin kentkart. Tapi, tidak semua negeri ada tram, dolmus dan metro. Contohnya di Isparta, kenderaan awam yang ada hanyalah Bas.

3. Makanan Terkenal

Setiap negeri ada makanan terkenal tersendiri, contohnya Mersin-tantuni kebab, Adana-Adana kebab,Bursa- Iskender kebab dan lain-lain. Bukan makanan sahaja, setiap province jugak ada 1 simbolik mereka, contohnya Denizli-ayam jantan. Isparta- bunga ros dan lavender.

Gambar: Yemek.com

4. Mesti cuba street food

Mesti try makanan jalanan Turki seperti Gozleme, Tantuni, pide, lahmacun, kofte, kumpir, cig kofte, balik ekmek, islak hamburger, kestane, kokorec, midye dolma, simit, borek. Manisan pula, kunefe, baklava, lokum, Turkish coffee dan dondurma, sahlep. Paling unik bagi Mira ialah Kokorec.

5. Gunakan Aplikasi Couchsurfing

Couchsurfing di Turki sangat digalakkan! Boleh mendalami cara hidup masyarakat Turki. Wajib cuba jika anda seorang backpacker! pm for any tips.

6. Mesra ‘Hitchhike’

Turki antara negara yang mesra hitchhike. Tapi, pastikan ada lelaki sekurangnya seorang. Saya tidak cuba lagi ini di Turki sebab tiada lelaki sewaktu melancong. Tapi kalau nak yang sah, boleh hitchhike/carpool di https://www.blablacar.com/

7. ‘Language Barrier’

Majoriti rakyat Turki tidak boleh berbahasa Inggeris walaupun di kawasan tumpuan pelancong.

8. Mempunyai Sedikit Ilmu Bahasa Turki

Mesti tahu asas Bahasa Turki bagi memudahkan urusniaga. Sekurangnya ucapan seperti Merhaba-hello. Teshekkurlar- thank you, rija ederim-you are welcome, gule-gule-bye, abla-akak, aabi-abang/pakcik, indirim-diskaun, bedava-free, kac lira-berapa lira? nombor 1-10, 20,30,40

9. Berhati-Hati

Wajib berhati-hati dengan pickpockets terutama di dalam tram di Istanbul, metro dan dimana mana je lah kawasan tumpuan tourist.

10. Tempat Pilihan Membeli-belah

Kalau mahu membeli-belah pouch Turki kecil 1 lira itu, ada kedai kat tengah antara aya sofya dengan bluemosque. Paling murah dah tu 1lira. Pilihan pun banyak.

11. Elakkan Membeli Belah Di Grand Bazaar

Elakkan shopping di Grand bazaar sebab mahal dan wajib tawar menawar. Ada sahaja kedai yang murah disitu tapi sangat sukar dijumpai(pintu 11). Kalau nak tengok-tengok boleh lah.
Disarankan membeli-belah kat tempat lain seperti di Taksim, Eminonu, Bursa(tudung) dan Cappadocia, Isparta.

12. Lapangan Terbang Di Istanbul

Istanbul ni ada 3 airport, saya sarankan IST-Ataturk. Sebabnya anda boleh menaiki metro di lapangan terbang, turun di stesen Zeytinburnu dan naik tram ke city centre(sultan ahmet).

Gambar: Wikipedia IST-Ataturk

Airport SAW pula amatlah jauh kerana terletak di Asia Istanbul. Jika anda turun disini dan ingin ke bahagian Eropah Istanbul, jangan risau, ada shuttle bas ke Taksim bernama Havabus, beli walk-in sahaja di lapangan terbang. Tambang pun murah 15tl sehala ke Taksim dan 10tl ke Kadikoy (asia istanbul).

13. Ladang Bunga

Buat pencinta rose, wajib singgah Isparta jika anda melancong pada hujung APRIL-MAY. Bagi para pencinta lavender pula, silakan photoshoot di lautan Lavender, yang ini pada JULY sahaja. Wow sangat taw. siap boleh berenang dalam lautan kelopak bunga ros (di Guneykent). ini serius! Saya sudah, anda bila lagi? Jika travel ketika musim sejuk, tak usah lah singgah Isparta kerana tarikannya tiada masa ni.

Gambar: Isparta Wikipedia

14. Perjalanan

Recommended route – Istanbul- Cappadociaflight- Konya- Isparta(musim ros dan lavender sahaja), Pamukkale- Selcuk-Bursa-Istanbul. Kalau suka alam semulajadi, boleh tambah Trabzon dalam list.

15. Bajet

Bajet? Turki sangatlah murah bagi mira berbanding negara eropah yang lain. Bawak 1,000 lira seorang untuk 1 minggu cukup sahaja kalau jimat, tidak termasuk hot air ballon kat Cappadocia.

Sumber: The Vocket