Nampaknya ramai juga rakyat Malaysia yang berjaya mendapatkan tiket untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia pada tahun ini.

Dapat menonton perlawanan siaran langsung di depan mata sendiri merupakan impian setiap peminat bola sepak. Anda pasti mahu merasai kehangatan Piala Dunia yang hanya berlangsung sekali selang empat tahun ini.

Jika sebelum ini kita lihat seorang pemuda memakai baju Melayu sambil menonton perlawanan, seorang pelakon tempatan berkongsi pengalaman membeli tiket perlawanan daripada penyokong negara Argentina dan sebagainya, kini seorang gadis cantik pula tular di laman sosial apabila dia dilihat mengibarkan Jalur Gemilang di beberapa perlawanan bola sepak berprestij itu.

Gadis comel itu mula mencuri perhatian warga laman sosial apabila satu akaun laman Facebook berkongsi gambar dirinya memegang Jalur Gemilang dan beberapa gambar lain yang menunjukkan dirinya sedang gembira menyokong pasukan England, France dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ada sumber memberitahu bahawa gadis tersebut berada di Rusia kerana melanjutkan pelajaran di sana.

Tak dapat dipastikan apakah nama gadis cantik manis ini.

Sumber: Cari