Kulit muka flawless dan glowing memang sinonim dengan wanita di luar sana. Faktor cuaca, pemakanan, stress juga boleh mempengaruhi keadaan kulit muka seseorang.

Penjagaan kulit muka harus dititikberatkan seawal usia remaja. Jika tidak, menginjak usia tua anda akan mendapat pelbagai jenis masalah seperti jerawat, jeragat dan juga kedutan.

Jika anda sedang mengalami masalah kulit atau break out, mungkin masih belum terlambat lagi untuk mencari penawarnya.

IG Mira Filzah

Ambil saja Mira Filzah sebagai contoh. Kulit mukanya yang flawless memang menjadi dambaan ramai. Ayuh kita tengok apa rahsia di sebalik kecantikan selebriti kita

1. Tidur yang cukup

google.com

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap hari antara 7 hingga 8 jam. Jika anda mengabaikan waktu tidur, potensi untuk menjadi ‘panda’ adalah sangat tinggi. Eye bag dan dark circle akan menjadi kawan baik anda.

2. Senaman ringan

curlyjow

Jadual kerja yang padat bukan bermaksud anda boleh memberi alasan untuk tidak bersenam. Pilih untuk menaiki tangga ke tempat kerja untuk mengeluarkan peluh.

3. Jangan makan lewat malam

sportsactionstore.com

Tabiat makan malam harus dihentikan. Elakkan untuk makan selepas jam 7.00 malam. Makan malam akan menyebabkan kalori yang masuk ke dalam tubuh tidak akan diproses dan disimpan menjadi lemak.

4. Makan buah-buahan

istock

Pilih buah-buahan yang memberi sumber fiber seperti epal. Jika anda mengalami masalah sembelit, makan 2 biji epal sehari.

5. Makan makanan organik

pinterest.com

Walaupun mahal sedikit, makanan organik baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.

6. Sembur air pada wajah

thebrunettediaries.com

Semburkan sedikit air pada wajah mengikut waktu rutin, contohnya 4 jam sekali bagi mengelakkan pori-pori tersumbat selain melembapkan muka. Untuk memudahkan anda, penggunaan face mist amat digalakkan.

7. Skrub muka

rodalewellmess.com

Oat, kacang badam, garam dan gula antara kandungan utama yang baik untuk dijadikan skrub bagi menanggalkan sel kulit mati. Ingat ya, cuma skrub muka sekali seminggu sahaja.

8. Ambil vitamin

howstuffworks.com

Pengambilan Vitamin E membantu kulit untuk menjadi lebih cantik. Dapatkan nasihat doktor ataupun pharmacist untuk pemilihan Vitamin E yang terbaik. Vitamin C pula bagus untuk mengekalkan kesihatan kulit.

9. Aromaterapi

shutterstock

Selain menenangkan, aromaterapi antara remedi yang baik untuk pernafasan, kesihatan kulit serta kecantikan.

Sumber: Sinar Harian