Pendakwah bebas yang juga seorang mualaf, Firdaus Wong, mengucapkan rasa bersyukur apabila ibunya mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

View this post on Instagram

Alhamdulilah Allahuakbar. . Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar. . Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya. . Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen. . Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen. . #islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ibufirdauswongsyahadah @ Multiracial Reverted Muslims – MRM

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong) on

Dia yang telah memeluk Islam selama 14 tahun berasa sebak dan gementar kerana ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah di depannya.

“Alhamdulilah Allahuakbar. Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar,” ujarnya di akaun Instagram miliknya, semalam.

“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri,” jelasnya.

“Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” tambahnya.

“Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen,” sambungnya lagi.

Semoga akan ada lebih ramai lagi yang terbuka hati untuk memeluk Islam dan kita sebagai seorang Muslim haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada mereka yang bukan Islam agar mereka dapat melihat keindahan Islam. In Shaa Allah 🙂

Sumber: Astro Awani & IG Firdaus Wong