Sudah tersebar satu perasaan tersekat dan keletihan di dalam masyarakat kita. Ianya adalah kesan keseluruhan globalisasi, kepelbagaian budaya dan prediksi pramatang tentang penamatnya sejarah kita. Masyarakat di ambang kejatuhan dan dunia rasa seperti perlu dimula semula.

Anda pasti tahu penggunaan butang Control, Alternate, Delete di komputer anda. Anda semua pasti pernah menggunakannya. Ia adalah pemadam dan penawar. Penggunaannya adalah efisien, efektif, dan sememangnya diperlukan dalam pelbagai kerja. Ia membersihkan kesilapan tanpa menghancurkan semuanya. Ia mengembalikan semua ke keadaan asal dan memberi peluang untuk kita bermula semula sama ada kita tahu kita perlukannya atau tidak.

Perayaan Idea Pertama Asia Tenggara kini dalam tahun keenamnya – The Cooler Lumpur Festival, kembali sekali lagi Oktober ini dan tema tahun ini ialah meneroka penggunaan individu ‘control’ ‘alternate’ dan ‘delete’ serta semua maksudnya apabila diambil secara menyeluruh. Penggunaannya sebagai ‘iconic three fingered salute’ yang terkenal seperti kita selalu bayangkan jika dunia diberi peluang kedua untuk bermula semula.

Festival Cooler Lumpur adalah satu festival pelbagai disiplin yang dibina oleh Pop Digital. Mengetengahkan persekitaran Kuala Lumpur, festival ini mengambil tema yang spesifik setiap tahun dengan misi untuk mengembangkan had budaya, membina komuniti yang lebih kuat, menjana kreativiti dan imaginasi masyarakat. Idea idea ini menjadi hos kepada kumpulan kumpulan penulis global, artist, pemikir dan inovator untuk mencipta hubungan baru, berkongsi cara berfikir yang mencabar akal serta mencambah perbualan budaya yang mengetengahkan isu yang penting buat kita semua.

Rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan semua lapisan masyarakat dijemput untuk meneroka jawapan dalam siri perbualan dan aktiviti di festival yang dibuat di MAPKL @ Publika, 10 pagi hingga 10 malam, seperti berikut:

Aktiviti

Nite sCool by KuickCulture
– Isnin hingga Khamis, 1-4 Oktober 2018
Journalism Campus
– Jumaat hingga Ahad, 5-7 Oktober 2018
Food Fringe Festival
– Sabtu hingga Ahad, 6-7 Oktober 2018

Jumaat, 5 Oktober 2018

– [PANEL] Saving Journalism in the Age of Social Media
– [PANEL] The Outsiders: How Global Journalism Shaped Our National Discourse
– [PANEL] Kasi Viral: The Spread of Racial Disinformation in Malaysia
– [PANEL] Visual Journalism: Pictures Paint a Thousand Words
– [SCREENING] ‘We Are Animals’, a documentary by Zan Azlee
– [SCREENING] ‘Lelaki Komunis Terakhir’ (‘The Last Communist’), a film by Amir Muhammad

Sabtu, 6 Oktober 2018

– [PANEL] Fighting the Future: How Reality is Shaping Science Fiction
– [PRESENTATION] Saving Stripes: The Plight of the Malayan Tigers
– [PANEL] Who Run The World?
– [PANEL] The Appeal of the Southeast Asian Strongman
– [PANEL] Apa Dah Jadi? Where Have All Our Record Shops Gone?
– [SCREENING] ‘System Error’ by Florain Opitz

Ahad, 7 Oktober 2018

– [PANEL] Who’s Laughing Now?
– [PANEL] Hear Me Now!: The Power of Audio Storytelling

Antara panel jemputan antarabangsa yang bakal hadir ialah Richard C. Paddock (Bangkok), Carlo Gabuco (Manila), Thum Ping Tjin aka PJ (Singapura), Dr. Matteo Riatti dan Laura Lam (Scotland). Pas masuk all-access hanyalah berharga RM10 yang membolehkan anda pergi ke semua aktiviti termasuk semua tayangan sepanjang 5 Oktober hingga 7 Oktober. Tetapi, bengkel dan panel istimewa adalah tertakluk kepada caj tambahan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.coolerlumpur.com dan mengikuti mereka di laman sosial Instagram, (@CoolerLumpur) atau Facebook, (www.facebook.com/CoolerLumpur/).