Sebelum ini tular mengenai nama paling panjang di Malaysia di laman sosial hinggakan ada yang tertanya-tanya bagaimana pemilik nama itu mahu menulis nama semasa peperiksaan dan buku sekolah.

Gambar sekadar hiasan

Tahukah anda, nama Fatimah dan Ismail merupakan nama paling popular di negara ini? Nampaknya nama-nama seperti ini masih lagi diminati oleh golongan ibu bapa zaman sekarang.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohammad Razin Abdullah, memberitahu bahawa nama lelaki yang paling popular didaftarkan oleh JPN pula ialah Ismail iaitu sebanyak 72,157 orang dan diikuti oleh Abdullah (47,989).

Selain itu, nama wanita yang popular ialah Fatimah sebanyak 74,605 orang, diikuti Zainab (41,450) dan Azizah (34,114).

“Untuk makluman, di Malaysia hanya terdapat seorang pemilik nama Mohd Azis Jamman iaitu milik Timbalan Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Sumber: Xtra