Siapa tidak kenal dengan seorang figura yang sentiasa tampil kemas dan bergaya kalau bukan Ketua Pegawai Kreatif FashionValet, Datin Vivy Yusof.

FashionValet(FV) semakin dikenali di negara ini dan negara jiran seperti Singapura dan Brunei. Khabarnya FV bakal tersenarai dalam bursa Malaysia tak lama lagi.

community.ijual.my

“Sekarang ini, keutamaan kami adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan keuntungan,” kata Vivy kepada Bernama.

Portal fesyen dalam talian tempatan ini telah mempunyai 500 pereka Asia Tenggara bernaung di bawah mereka dan mempunyai pelanggan di seluruh dunia.

Selain itu, FV juga mempunyai kedai fizikal di beberapa pusat membeli-belah terkemuka Malaysia seperti Pavilion serta Bangsar Village II manakala jenama Vivy iaitu dUCk mempunyai kedai fizikal di KLCC.

“dUCk adalah satu jenama yang khusus dalam tudung, alat tulis, aksesori rumah, gaya hidup dan kosmetik,” tambahnya.

Semoga akan ada lebih banyak golongan muda tempatan mencipta nama dalam bidang perniagaan dan dapat menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Sumber: mStar