Pelakon cantik manis, Fasha Sandha, 35 tahun, menyatakan bahawa dia bakal bernikah dengan tunangnya, Aidil Aziz, 32 tahun, pada penghujung bulan Mac depan.

suria.my

“Saya dan Aidil memang merancang nak nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Kami takkan berahsia. Insya Allah, saya akan berkongsi lanjut dan menjemput rakan media untuk hadir,” jelasnya yang bakal membuat majlis kedua-dua belah pihak.

“Untuk majlis di sebelah lelaki pula, perancangannya pada April. Pada majlis itu, kami turut menjemput peminat hadir. Jumlah jemputan 5,000 orang,” sambungnya.

Menurutnya, dia masih sibuk berlakon dan penggambaran drama hingga belum membuat sebarang persiapan perkahwinan yang tinggal hanya dua bulan saja lagi.

“Perancang perkahwinan sudah ada, tetapi saya belum ada masa untuk berjumpa dan berbincang. Saya nak selesaikan dahulu soal kerja baru boleh fikir mengenai majlis kahwin,” ujarnya yang baru mengikat tali pertunangan hujung tahun lepas.

Sumber: Harian Metro