Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menutup permohonan pembelian tiket perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Hanoi, tengah malam tadi.

Menurut satu kenyataan ringkas FAM di Facebook, sebarang pembelian yang dibuat selepas tempoh ditetapkan tidak akan diproses dan disahkan.

bharian.com.my

Selain itu, pihaknya juga berterima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket melalui FAM untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.

“Sokongan anda sangat dinanti-nantikan bagi menyemarakkan lagi semangat para pemain Harimau Malaya dalam memburu kemenangan di Hanoi untuk menjulang trofi kejuaraan itu,” ujar FAM.

Selain itu, Persekutuan Bola Sepak Vietnam(VFF), memberitahu bahawa pihaknya memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Hanoi.

Sumber: Astro Awani