Jenama beg tangan mewah, Bijan, menjadi topik hangat hari ini selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengumumkan ia antara beg tangan jenama mewah dirampas dari enam lokasi penggeledahan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

freemalaysiatoday.com

Ramai yang tertanya-tanya mengenai maklumat jenama mewah tersebut kerana ada yang tidak pernah mendengarnya hingga tidak tahu bagaimana untuk menyebutnya.

Berikut merupakan lima fakta mengenai jenama Bijan yang anda perlu tahu:

malaysiagazette.com

1. Sebutan “Bijan”

Cara sebutan yang betul jenama Bijan adalah ‘Bizaen’ (perkataan dalam bahasa) dan bukanlah menyebutnya sebagai “Bijan” seperti ejaannya.

2. Jenama termahal dunia

Untuk pengetahuan anda, Bijan merupakan antara jenama mewah termahal di dunia yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin sahaja mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.

Manakala beg sandang kulit buaya pula berharga RM16,105 seperti yang ditulis dalam portal atas talian.

3. Pernah bekerjasama dengan Bugatti

Selain itu, Bijan pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta itu.

4. Pilihan menteri & selebriti

Malah, jenama mewah ini menjadi pilihan kebanyakan menteri dan selebriti seperti bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Presiden Rusia, Vladmir Putin, Tom Cruise, Anthony Hopkins, Raja Hussein (Jordan), Micheal Jordan dan ramai lagi.

5. Hanya terima tempahan melalui temujanji khas

Jika anda mahu membeli beg tangan jenama ini, anda harus membuat tempahan awal dan mereka hanya menjual melalui temujanji khas di butik mereka, Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Malah, mereka hanya menerima lima hingga enam pelanggan sahaja dalam satu hari.

Sumber: Harian Metro