Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai kewujudan satu Fb Page yang memboikot produk halal di Australia.

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter, @myadlan, menyatakan ramai orang Muslim ‘like’ page tersebut untuk mengetahui syarikat mana yang menjual makanan halal. Plot twist betul kan!

“Di Australia, Ada gerakan omputih boikot produk Halal. Tapi ramai Muslim Like page tu sebab senang dapat tau company mana jual makanan halal,” ujarnya.

Di Fb Page Boycott Halal in Australia, terdapat sekumpulan rakyat negara itu yang memboikot produk halal di sana kerana menganggap cara penyediaan daging halal agak kejam.

Walau bagaimanapun, kewujudan page berkenaan sebenarnya membantu pelajar atau pelancong Muslim kerana mereka secara tidak langsung mengumpul maklumat mengenai produk, makanan dan restoran halal untuk orang Muslim di Australia.

Jika ada di antara anda yang akan bercuti ke Australia, anda mungkin boleh mencari maklumat mengenai makanan halal melalui page tersebut. 😉

Sumber: Twitter @myadlan