Esok (Ahad) bakal disytiharkan sebagai cuti umum kepada negeri Kedah jikalau pasukan negeri itu menjuarai Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim(JDT) di Stadium Bukit Jalil pada malam ini.

Difahamkan, perkara itu diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menerusi satu kenyataan. Pengisytiharan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am.

Menurutnya yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah(KFA), Kerajaan Negeri membuat keputusan tersebut sebagai penghormatan kepada pasukan Hijau Kuning yang mengharumkan nama negeri berkenaan sehingga berjaya menjulang piala yang berprestij itu.

Malah, ia juga bagi menghargai kesetiaan dan sokongan padu rakyat kepada pasukan bola sepak negeri berkenaan.

Sumber: Astro Awani