Pelakon dan penyanyi tanah air, Erra Fazira, 45 tahun, berkongsi pengalaman sewaktu dia mengerjakan haji baru-baru ini.

Menurutnya, pergi ke Makkah dan mengerjakan haji adalah impiannya manakala berada di sana sangat menyentuh hatinya.

“Saya hanya buat yang terbaik dan berharap ia diterima dan mendapat haji mabrur,” ujarnya yang baru pulang ke negara ini pada 20 Ogos lalu.

Selain itu, Erra turut menyatakan dia banyak berdoa mengenai kebaikan dunia dan akhirat, namun enggan berkongsi secara terperinci.

“Nama pun doa, jadi kena rahsia. Tapi, secara keseluruhannya tentu saja untuk kebaikan di dunia akhirat. Tentu saja kita kejar dunia tapi akhirat adalah matlamat kita. Jadi saya nak seimbangkan,” jelasnya.

Selain itu, Erra turut berkata bahawa dia tidak kisah jika ada yang memanggil dirinya ‘Hajah’ walaupun pada mulanya berasa agak kekok.

“Sejujurnya, pada awalnya tentu saya berasa kekok dan minta panggil biasa saja. Tapi, saya dinasihatkan oleh ustaz yang menjadi mutawwif di sana tidak menolak atau pesan pada orang jangan panggil hajah. Itu sesuatu yang tak baik,” katanya.

“Jadi, saya dengar nasihat itu dan terima jika ada yang panggil hajah,” sambungnya.

Sumber: Harian Metro