Pelakon selebriti terkenal, Elfira Loy selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baru 2019 bersama pasangan pilihannya, Khairol Faris Anuar.

Pasangan sama cantik sama padan itu telah bergelar suami isteri tadi selepas mengikat tali pertunangan pada September lepas.

View this post on Instagram

Alhamdulillah ✨

A post shared by ٢٤ | 🇲🇾 | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on

Dalam posting terbaru di laman Instagram miliknya, Elfira memuatnaik gambar dengan tajuk bertulis Álhamdulillah’.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai majlis pernikahan tersebut yang baru berlangsung sejam yang lalu selain bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan ini.

Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.

Sumber: Astro Awani