Baru-baru ini, Elfira Loy telah pergi untuk menunaikan umrah. Menurut Elfira, 25, berasa sangat bersyukur dapat melepasi pintu yang sepatutnya hanya untuk orang Arab. Dia juga berkata kemungkinan kerana dia memakai jubah serba hitam seperti orang Arab.

“Lain orang lain rezekinya. Kebetulan El pakai serba hitam, jadi El pun cuba saja masuk pintu 29, pintu untuk roang Arab, Alhamdulillah lepas.

“Lepas dah masuk akan ada satu ruang (masih karpet merah) sebelum dia buka penghadang putih untuk kita ke Raudhah. Jadi boleh solat sunat tahiyatul masjid dulu dan tunggu

“Lepas tunggu tak sampai 5 minit penghadang dibuka dan ketika itu semua akan berlari anak. Tapi tak payah pun sebab akan ada lagi fasa kedua runag menunggu” kata Elfira.

Raudhah yang juga dikenali sebagai taman-taman syurga merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang untuk berdoa dan solat berdekatan dengan makan Rasulullah SAW.

Elifra memberitahu apabila sudah berada di karpet hijau, iaitu kawasan Raudhah, dia terus berdoa dengan tenang. Katanya, dia terus rapat ke kiri hujung berdekatan dengan Makan Rasulullah SAW dan solat di saf hadapan disebabkan di sebalah kanan ramai jemaah yang akan tolak-menolak.

Tambah Elfira, dia berterusan solat sunat, hajat, taubat dan sujud syukur tanpa henti selama 30 minit sebelum ada orang yang memintanya untuk bangun.

“Lepas dibuka terus dapat masuk ke Raudhah. Sampai saja di Raudhah jangan gementar himpit-himpit orang. Tenang dapat saja berdiri dekat karpet hijau tadah saja tangan berdoa sambil-sambil tu.

“Rapat terus ke kiri hujung dan terus solat ke saf depan sebab belah kanan ramai yang akan bertolak-tolak dan terpijak sebab tak perasan atau sebab teruja dapat masuk mereka terus solat tengah-tengah

“Yang belah kiri tulah dekat dengan Makan Rasulullah SAW. Kalau dah dapat solat depan, teruskan solat saja tanpa henti, kalau berhenti orang akan suruh bangun terus. Solatlah hajat, taubat, sunat dan sujud syukur” tambah Elfira lagi.

Sumber: mStar