Gambar: BBC

Setiap organ yang ada pada tubuh badan kita mempunyai fungsinya yang tersendiri (kecuali apendiks) supaya kita mampu menjalani kehidupan yang sihat dan cergas. Seperti yang kita semua tahu, jantung merupakan nadi utama untuk setiap organ dan ia juga merupakan akar kepada kehidupan kita.

Hampir semua di antara kita tahu kepentingan untuk menjaga kesihatan jantung seperti mengambil makanan yang bernutrisi tinggi, bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat namun begitu, ramai yang tidak sedar sebenarnya kadang kala kita mempunyai tabiat harian yang boleh merosakkan jantung kita.

Ini adalah 3 tabiat harian yang mampu mengancam jantung anda:

1. Pengambilan Garam Dan Gula Secara Berlebihan

Gambar: Illuminasi

Hampir setiap masakan menggunakan garam atau gula untuk memperisakan makanan supaya menjadi lebih enak. Namun begitu, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan darah tinggi dan kencing manis sekali gus melemahkan saluran darah kita. Saluran darah yang lemah menyebabkan kekurangan pengaliran oksigen kepada jantung dan akhirnya mampu membawa kepada serangan jantung.

2. Duduk Melepek Seharian

Gambar: NPR

Kurang bergerak dan sering duduk berjam–jam tanpa melakukan apa-apa aktiviti sebenarnya mampu melemahkan jantung kita. Kita harus sentiasa bergerak untuk memastikan setiap sendi dan bahagian badan kita cergas serta membantu peredaran oksigen di dalam badan.

Kajian daripada Health and Morbidity pada tahun 2016 mengatakan 1 dari mana 4 orang dewasa sering menghabiskan masa mereka dengan duduk seharian. Kita disarankan untuk berjalan selama 5 minit setiap 1 jam selepas duduk.

3. Gangguan Tidur

Gambar: Purplecentre

Jika kita terlalu stress, ia juga boleh menyebabkan tidur kita terganggu. Dan kita sering merasa letih dan tidak cukup tidur walaupun sudah tidur selama 7–8 jam sehari. 90% rakyat Malaysia mengalami masalah gangguan tidur.

Rata–rata rakyat Malaysia tidur selama 6.4 jam sehari dan kajian menunjukkan 71% orang yang mengalami masalah tidur cenderung menderita penyakit jantung.

Sumber: Sinar