Pendakwah bebas yang disegani, Ustaz Ebit Lew, baru-baru ini menasihati para suami agar sentiasa memberi nafkah kepada isteri kerana wang yang dibelanjakan ke atas isteri dan keluarga adalah sedekah paling besar nilainya.
Menurutnya, dia sering meninggalkan sejumlah wang di atas meja sebelum keluar bekerja. Malah, dia turut memberi kad bank kepada isteri serta turut mengambil insurans untuk isteri tersayang.
“Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.
“Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita,” ujarnya.
“Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita. Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri,” jelasnya.
“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama,” tambahnya.
“Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik,” sambungnya lagi.
Sumber: IG Ebit Lew