Rakyat negara kita amat menggemari raja buah iaitu durian dan oleh kerana itu, ramai yang membeli buah tersebut untuk dimakan dan dimasak dengan menggunakan pelbagai resepi.

Seorang peniaga di Batang Kali, Hulu Selangor, terkejut apabila menu unik itu mendapat sambutan ramai iaitu durian goreng cheese.

Peniaga berkenaan, Nur Emyza Samsudin, 25 tahun, berniaga di kawasan lot kedai pemaju JRD Development di sini memperkenal menu itu sejak 2016 namun mendapat perhatian orang ramai sejak baru-baru ini.

“Memang ramai yang suka durian dan bila saya cuba, rasa memang sedap dan pelanggan beri maklum balas positif,” ujarnya.

Menurutnya, Emyza mahu mencuba sesuatu yang baru selain pisang dan cempedak goreng cheese yang sudah biasa dijual.

Setiap ulas durian akan digoreng sebelum disalut cheese untuk menambah bau serta rasa buah tersebut. Harga durian goreng cheese adalah RM8 untuk 5 ulas durian dan anda boleh membeli di gerainya yang dibuka dari 4.30 petang hingga 7 malam setiap hari.

Selain itu, dia turut menjual pisang goreng cheese, donat coklat, donat Nutella dan donat mini. Malah, anda boleh ke akaun Facebook Pisang Cheese Batang Kali untuk maklumat lanjut.

Sumber: The Malay Mail Online