Pernah dikenali sebagai penyanyi, kini isteri kepada Noh Salleh, Mizz Nina, lebih selesa memberi tumpuan untuk dalami agama Islam tanpa memikirkan kerjaya seninya dulu.
Mizz Nina atau nama sebenar Syazrina Azman, 37 tahun, memberitahu bahawa dia mahu mempelajari, memahami dan melaksanakan ajaran dalam Al-Quran dan Sunnah yang menjadikannya lebih tenang.
Menjawab persoalan secara rawak di akaun laman Instagram, Mizz Nina memberitahu sebab utama mengapa dia tidak menyanyi lagi.
“Saya ada minat baru dan tujuan dalam hidup saya. Belajar, memahami dan melaksanakan Quran dan Sunnah,” tulisnya.
Selain itu, penyanyi lagu Around The World ini turut ditanya oleh pengikut di Instagram bagaimana dia mampu kekal positif sehingga kini.
“Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya,” jawabnya.
“DIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci,” tambahnya.
Semoga penghijrahan Mizz Nina sejak tahun 2013 dipermudahkan agar dapat menjadi contoh kepada wanita yang mahu berhijrah ke arah kebaikan sepertinya.
Sumber: mStar