Filem sensasi tempatan, Dukun, pernah ditayangkan di negara ini pada awal tahun berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM11 juta termasuk Brunei dan Singapura.

Berikutan itu, Dukun bakal “menghantui” Amerika Syarikat (AS) kerana ia akan ditayangkan di New York Asian Film Festival 2018 (NYAFF) yang sedang berlangsung sejak 29 Jun lalu.

Menurut Astro Shaw, filem arahan Din Said itu akan dipertandingkan dalam kategori Audience Awards pada festival itu di mana pemilihan dibuat berdasarkan undian pengkarya filem dan penonton filem tempatan.

Kemudian, pemenang akan diumumkan pada hari terakhir festival berlangsung. Difahamkan, filem seram itu akan mula ditayangkan pada 13 Julai depan di SVA Theatre.

Untuk pengetahuan anda, festival NYAFF itu diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada filem-filem Asia diiktiraf serta ditayangkan di New York.

Dukun dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Elyana, Allahyarham Ramli Hassan dan Adlin Aman Ramlee.

Sumber: mStar