Bekas pelarian Somalia dan anak kepada imigran Palestin mencipta sejarah apabila menjadi dua wanita Islam yang dilantik ke Kongres Amerika Syarikat(AS) dalam Pilihan Raya Pertengahan Penggal di negara tersebut.

businesstoday.in

Ilhan Omar, 37 tahun, dan Rashida Tlaib, 42 tahun, daripada parti Demokrat menyokong komuniti minoriti berjaya memecahkan dasar anti-imigran Presiden Donald Trump yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Ilhan memenangi kerusi di Minnesota menggantikan Keith Ellison manakala kemenangan Rashida di Michigan sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

nst.com.my

“Saya orang Islam dan saya berkulit hitam. Saya membuat keputusan untuk bertanding kerana saya adalah salah seorang daripada mereka yang mahu menunjukkan apa peranan wakil demokrasi,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, Ilhan melarikan diri dari perang saudara di Somalia bersama keluarganya ketika dia berusia lapan tahun dan menghabiskan masa selama empat tahun di kem pelarian di Kenya.

“Saya bertanding kerana ketidakadilan terhadap anak-anak saya apabila ada pihak mempersoalkan identiti dan asal usul mereka,” jelas Rashida.

Sumber: Sinar Harian