Berikutan musim panas yang melanda negara ini, pihak Kementerian Pendidikan dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menyeru kepada pihak sekolah untuk menghentikan aktiviti luar kelas buat sementara waktu.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, surat peringatan telah dikeluarkan pada pertengahan bulan lepas kepada semua sekolah.

“Sekiranya waktu panas, kita tak galakkan sekolah adakan aktiviti dan kita galakkan murid supaya banyak minum air,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Ibu bapa juga berpesan kepada anak masing-masing supaya menjaga kesihatan. Banyak minum air dan kurangkan aktiviti luar kerana kesihatan amat penting kepada anak,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro