Pelbagai resepi boleh dibuat menggunakan mee segera Indomie. Malah, hanya tambah telur mata juga sudah enak dimakan.

Jika anda peminat tegar mee segera jenama ini, anda pasti akan menyukai resepi donat Indomie yang sedang popular di negara seberang, Indonesia.

Bahan

1 bungkus Indomie
1 biji telur
5-7 sudu besar air
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit Mozzarella cheese (parut)

Cara-cara

– Rebus mee segera Indomie.
– Campurkan mee dengan perisa Indomie.
– Kemudian, campurkan sekali telur dan gaul hingga sebati.
– Masukkan Mozarella cheese.
– Letak mee di dalam bekas berbentuk donat.
– Kukus sehingga 10-15 minit. Ketepikan.
– Campurkan tepung bersama air dan garam.
– Selepas itu, celup mee berbentuk donat ke dalam tepung dan serbuk roti.
– Goreng hingga kuning keemasan.
– Siap! 🙂

Sumber: Tribun News & Youtube Melliana Hardi