Hari Wanita Sedunia disambut untuk meraikan perjuangan dan pengorbanan wanita dalam menjalani kehidupan hingga mereka berjaya dan menjadi inspirasi wanita-wanita lain.

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam, Dr Amalina Bakri sempat mendedikasikan kejayaan dimilikinya buat ibunda tersayang di laman Twitter.

Menurutnya, dia menganggap ibunya sebagai seorang wanita yang kuat dan tabah kerana berjaya membesarkannya walaupun dia seorang wanita tunggal.

Malah, ibunya tak pernah mengeluh sedikit pun dan sentiasa bekerja keras untuk mereka berdua di samping mengingatkan Amalina supaya dapat membuatkannya bangga akan kejayaannya satu hari nanti.

Disebabkan itu, dia mendedikasikan kejayaan dimiliki sekarang buat ibu tersayang dan memberi kata-kata semangat buat wanita di luar sana agar lebih berani, berdikari serta percaya pada diri sendiri.

Tweet yang ditulis Amalina membuatkan pengikutnya turut mengucapkan tahniah kepada ibunya, Puan Sabariah, kerana berjaya membesarkan seorang anak hingga membuat satu negara bangga dengan pencapaiannya kini.

Selamat Hari Wanita kepada wanita di seluruh dunia! Semoga kita semua berjaya mengharungi kehidupan yang semakin mencabar dan berjaya mencapai cita-cita satu hari nanti. Fighting!

Sumber: Twitter Dr Amalina