Selepas kejadian serangan pengganas di dua buah masjid sekitar Christchurch, New Zealand, jumaat minggu lepas, seorang rakyat Malaysia masih lagi belum ditemui sehingga sekarang.

kosmo.com.my

Mohd Haziq, 17 tahun, hilang selepas kejadian tembakan dan ibunya, Marina Hamzah,46 tahun, telah beberapa kali membuat pengecaman ke atas beberapa mayat namun Haziq masih belum ditemui.

Selain itu, Marina telah memberi gambar dan nama anak sulungnya itu kepada pihak polis di sana untuk memudahkan mereka mencari Haziq.

Difahamkan, Haziq mengikuti ayahnya, Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, ke masjid semasa kejadian tembakan itu berlaku sebelum gagal dikesan sehingga sekarang.

“Setakat ini, kami masih belum dimaklumkan mengenainya. Justeru, kami sekeluarga terus berdoa supaya Haziq ditemui segera walau apa jua sekali pun kerana tragedi itu sudah masuk empat hari tetapi keadaannya masih tidak diketahui sampai sekarang,” ujar ibu saudara Haziq, Zarina Shuib, 52 tahun.

Menurutnya, dia tidak menerima apa-apa khabar daripada Marina mengenai keadaan mereka namun berharap semuanya dalam keadaan baik.

Selain itu, ahli keluarga yang lain juga berdoa, membaca surah Yasin dan membuat solat hajat agar Haziq segera ditemui serta kesihatan Tarmizi kembali pulih.

“Kami sekeluarga juga berharap Haziq ditemui selamat walaupun tiada sebarang khabar berita, setakat ini,” sambungnya.

Sumber: Harian Metro