Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sesuai untuk seorang lelaki yang mendapat tawaran kerja di laman sosial selepas dia menulis kelayakan akademiknya dan status masih tidak bekerja.

Semuanya bermula apabila lelaki dikenali sebagai @Jewanmn di laman Twitter memuatnaik Tweet kelayakan akademik untuk mencuba nasib.

“Kuasa viral Twitter + Facebook memang terboekkkk! Alhamdulillah rezeki. Doakan perjalanan saya ye!,” tulisnya di Twitter.

Nampaknya rezeki berpihak kepadanya apabila tweet kelayakan akademiknya itu menarik perhatian seorang lelaki dan ditawarkan pekerjaan di syarikat Ericsson, Shah Alam.

Berikutan itu, ramai pengguna laman sosial itu mengucapkan tahniah kepada Jewan atas rezeki yang tak disangka-sangka itu.

Dengan ada kuasa laman sosial yang amat kuat di negara kita, tak mustahil segalanya boleh dicapai melalui hujung jari saja.

Sumber: Twitter @Jewanmn