Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, pemilik konsesi lebuh raya akan menawarkan diskaun tol antara 10 peratus dan 30 peratus kepada pengguna jalan raya yang menaiki kereta.

“Sejumlah 25 pengendali lebuh raya akan menawarkan insentif khas kepada pemandu dalam bentuk diskaun sempena Tahun Baru Cina yang akan datang,” kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

“Jumlah diskaun yang diberikan adalah antara 10 peratus hingga 30 peratus untuk kenderaan Kelas 1 (kereta) pada 5 Februari akan datang,” sambungnya.

mstar.com.my

Tambahnya, PLUS Malaysia Berhad juga akan menawarkan diskaun 10 peratus untuk kenderaan Kelas 1 (kereta) menggunakan Caj Elektronik (ETC) untuk enam lebuh rayanya.

Malah, ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (Fasa 1) turut menawarkan diskaun 10 peratus untuk kenderaan Kelas 1 (kereta).

Untuk pengetahuan anda, diskaun yang ditawarkan akan berkuatkuasa pada tengah malam pada 5 Februari sehingga pukul 11.59 malam pada hari yang sama.

Sumber: The Star