Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. PAsti ramai yang telah merancang untuk pulang ke kampung dan juga berjalan menziarahi saudara-mara.

Sempena Aidilfitri yang jatuh pada 5 Jun ini, pengguna Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan menerima diskaun tol sebanyak 10 dan 20 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pada 5 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, pengguna ketiga-tiga lebuh raya tersebut akan menikmati diskaun tol bermula dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.

“Pengguna jalan raya yang menggunakan Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di BESRAYA bakal menerima diskaun tol 20 peratus; Plaza Tol Pantai Dalam, Plaza Tol PJS2 dan Plaza Tol PJS5 di NPE juga diskaun tol 20 peratus manakala Plaza Tol Ampangan (LEKAS) diskaun 10 peratus.

Pemberian ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Aidilfitri buat pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman.

Dalam pada itu, pasukan peronda juga akan ditugaskan bagi memastikan keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya terkawal dan akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada pengguna sekiranya berlaku masalah.

Sumber:Vitdaily