Kehilangan seseorang tersayang merupakan satu pengalaman pahit yang sukar dilupakan oleh semua orang. Oleh itu, gadis ini mahu berkongsi tragedi malang yang menimpa keluarganya apabila mereka kehilangan ibu tercinta.

Dikenali sebagai @cikajaii di laman Twitter, dia memberitahu punca ibunya meninggal dunia adalah kerana terlanggar lubang besar di tepi jalan ketika menaiki motor.

Bukan seorang yang suka bercerita mengenai dirinya, gadis ini membuat keputusan untuk bercerita kekesalan yang terbuku di hatinya mengenai kehilangan ibu tercinta.

Menurutnya, dia seorang anak bongsu dan sangat manja dengan ibunya hinggakan makan juga masih bersuap. Mereka begitu akrab dan suka meluangkan masa bersama dengan menaiki motor.

Selepas itu, ibunya memberitahu bahawa dia telah menghantar motor untuk diservis sambil berjenaka dengannya.

Pagi kejadian, ibu gadis itu sempat menghantar mesej bahawa dia sudah dalam perjalanan untuk mengambilnya di UTHM. Tak lama selepas itu, dia mendapat berita bahawa ibunya kemalangan dan dia bergegas ke hospital Kluang.

Ibunya dimasukkan ke wad neurologi kerana mengalami pendarahan di belakang kepala. Malah, dia terpaksa dihantar ke hospital di Johor Bahru untuk pembedahan dan selepas itu ibunya koma selama dua bulan.

Jelasnya, ibu dia kemalangan bukan kerana dilanggar tetapi kerana terlanggar lubang besar di tepi jalan lorong kiri.

Selepas dua bulan, ibunya berjaya sedar tetapi keadaannya berbeza seperti sebelum ini di mana seluruh badannya lumpuh kecuali tangan kanan.

Walaupun dalam keadaan tidak sihat, gadis itu bersama ahli keluarga lain turut meraikan hari lahir ibu mereka seperti biasa. Siapa sangka itulah sambutan terakhir untuk mereka sekeluarga.

Malah, dia juga menunjukkan gambar semasa raya pada tahun lepas. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Pada satu hari, doktor memanggil keluarga gadis itu dan menjelaskan keadaan sebenar ibunya. Menurutnya, ibu mereka mempunyai alahan ubat dan meminta mereka bersedia jika keadaan yang tidak diingini berlaku.

Kemudian, ibunya juga tiba-tiba mengalami sawan setiap dua jam dan semakin lama semakin kerap hingga tidak berhenti.

Doktor meminta mereka mengajar ibu mereka mengucap kerana ibunya sedang nazak. Tak lama selepas itu, ibu mereka telah meninggal dunia.

Ibunya meninggal dunia pada bulan September pada tahun lalu di mana jarak dengan tarikh lahir gadis itu begitu dekat sekali.

Untuk pengetahuan anda, ibu gadis tersebut meninggal pada 24 September 2017 dan bukannya 2016. Mungkin gadis tersebut terlalu sedih hinggakan tersilap tulis tahun tetapi tahun yang betul ialah 2017.

Takziah diucapkan kepada keluarga gadis berkenaan. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tragedi yang menimpa arwah ibunya.

Sumber: Twitter Cikajaii