Berita menarik untuk semua, kini Touch ‘n Go bakal menawarkan eWallet mereka untuk digunakan bagi tujuan derma secara ‘cashless’ di masjid.

Pada masa ini, kerjasama dan perlaksanaan derma ini hanya diumumkan di Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi terlebih dahulu. Kaedah menderma menggunakan eWallet ini adalah sangat mudah dimana pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan dan seterusnya memilih jumlah amaun yang ingin disumbangkan atau didermakan.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin ketika ditemui di majlis pelancaran itu berkata, “Kami mahu menjadikan teknologi lebih inklusif dan membantu ahli komuniti di Kampung Kerinchi menerusi platform yang mudah dan selamat.”

“Setiap sumbangan sama ada kecil atau besar, adalah sangat bermakna. Kami berharap melalui penggunaan teknologi, kutipan derma kini makin mudah dan selamat,” kata Syahrunizam.

Walabagaimanapun, kaedah derma menggunakan eWallet ini bakal diperluaskan ke masjid-masjid lain di masa akan datang. Pihak pengurusan masjid yang lain juga boleh berhubung secara terus dengan pihak TNG Digital jika ingin mempunyai kemudahan menderma menggunakan eWallet Touch ‘n Go ini.

Sumber: The Vocket