Pelakon Aeril Zafril berpegang pada prinsip amalan yang baik akan membawa kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya. Selain amal ibadat, hubungan baik dengan isteri dan orang sekeliling menjadikan seseorang itu murah rezeki.

“Jangan kita berputus asa, rezeki semua orang sudah tertulis cuma cara nak jemput rezeki itu sahaja yang berbeza.

“Saya amat berpegang pada pendirian bahawa kita perlu menjaga amalan dan hubungan dengan tuhan.

“Guru saya juga ada berpesan bahawa kunci kejayaan itu adalah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan isteri dan anak,” ujar Aeril.

Baru-baru ini tular di sosial media kisah manis suami isteri antara Aeril dan Wawa apabila masing-masing saling berbalas hadiah berupa kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 dan Toyota Alphard.

“Apa yang saya dapat hari ini bukanlah hasil usaha sekarang kerana ia adalah proses yang mengambil masa.

“Semua orang tahu kami hadapi kesukaran ketika baru berkahwin, tapi itu juga yang membuat kami kuat untuk menghadapi hari mendatang,” katanya.

Sumber: mstar