Terbaru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu negara berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja, mereka memaklumkan akan mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana peniaga yang ingkar.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” tulisnya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, menciap di Twitter dengan memberi bayangan akan membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan arak berikutan kekerapan kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk termasuk menyebabkan mangsa maut.

Tambahnya, tindakan pembekuan wajar diambil selagi tiada garis panduan dan semakan perundangan dibuat dalam isu tersebut.

Sumber: Harian Metro