Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, 36, telah membuat keputusan untuk bersara. Keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yang menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.

“Saya gembira untuk bersiaran di sini bagi berkongsi perkembangan,” katanya menerusi lintas langsung eksklusif dengan Nadi Arena.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bersara Jun depan.

“Ia akan menjadi musim terakhir saya dalam karier profesional,” jelas atlet kelahiran Pulau Pinang itu.

Nicole David ternyata menjadi kehilangan besar buat negara Malaysia memandangkan dia dianggap sebagai ikon sukan kebangsaan sejak lebih sedekad lalu. Datuk Nicol David memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia, iaitu selama sembilan tahun, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015.

Kini, Datuk Nicol David berada di ranking ke-21 dunia dan sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.

Menurut Datuk Nicol David, satu kekesalan untuk dia ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain. Namun, rakyat Malaysia semestinya amat bangga dengan pencapaian Datuk Nicol David hingga ke tahap ini.

Gambar: The Sun Daily

Menerusi tinjaun di media sosial, rakyat Malaysia berterima kasih atas sumbangan Datuk Nicol David terhadap Malaysia.

“Thank you for your blood, sweat and tears and YEARS of perseverance, commitment and sacrifice.

“None of us could repay you for what you have done for our country.

“You will ALWAYS be our shining star. Happy retirement!” tulis Adibah Noor.

Sumber: Gempak