Legenda sukan negara, Dato’ Lee Chong Wei (DLCW) telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara setelahlah 19 tahun berkecimpung dalam arena badminton tanah air.

Namun, DLCW tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika sidang media khas sempena pengumuman persaraannya dalam arena badminton sebentar tadi.

Chong Wei yang 19 tahun beraksi untuk negara pada mulanya dilihat tenang namun tidak dapat mengawal perasaan apabila mula mengucapkan terima kasih kepada tenaga sokongan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek.

“Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi….(terus menangis dalam tempoh seminit),” katanya.

Keputusan yang telah dibuat oleh Dato’ Lee Chong wei ini adalah kerana kemelut kanser hidung yang dihidapinya sejak September 2018 lalu. DLCW menceritakan pengalaman rawatan kanser menerusi status panjang yang di muat naik di Facebook.

Menerusi status tersebut, DLCW menjelaskan bahawa sebaik sahaja beliau disahkan bebas daripada kanser, beliau terus mengangkat raket dan berlatih. Malangnya, keadaan bertambah buruk selepas beberapa sesi latihan ringan. Doktor menasihatkan supaya beliau tidak meneruskan hajatnya untuk mengejar pingat emas Olimpik pada tahun depan, sebaliknya lebih mementingkan kesihatan dirinya.

To all my family friends and fans. To everyone of you who have been a part of my life, thank you. A real big sincere…

Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Thursday, 13 June 2019

“Apabila saya bebas daripada kanser, saya mengambil raket saya dan berlatih sekali lagi.

“Selepas beberapa sesi latihan ringan, saya ingin mendapatkan kebenaran dari doktor saya untuk meningkatkan intensiti latihan saya. Tetapi saya didatangi dengan tamparan besar. Dari imbasan itu, doktor menggelengkan kepalanya dan berkata saya mungkin menghadapi risiko kanser kembali jika saya terus berlatih. Mew Choo menangis remuk. Dia takut saya mungkin degil dan terus mengejar impian saya.

“Saya berasa rugi. Saya fikir ‘Bagaimana saya harus menggantung raket saya selepas hampir dua puluh tahun bermain badminton? Bagaimana dengan impian Olimpik saya?'” tulis DLCW.

Walaupun pada mulanya agak keberatan bagi beliau untuk menerima hakikat. Namun akhirnya, ada satu perkara yang membuatnya tersedar daripada lamunan.

Beliau turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kegagalannya membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara yang diidam-idamkan.

Sumber: SAYS