Kebanyakan aktiviti peringkat kebangsaan sering dilakukan di Dataran Merdeka seperti Hari Kemerdekaan, sambutan tahun baru dan sebagainya.

Difahamkan, Dataran Merdeka bakal ditutup kepada orang ramai mulai 24 Oktober depan sehingga 2 Ogos 2019 bagi memberi laluan kerja-kerja pembangunan dijalankan.

Menurut Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad, penutupan tersebut dibuat sempena pembangunan projek ‘River of Life’ yang kini berada pada fasa pertama.

Berikutan itu, orang awam yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan berhati-hati dan menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja berkenaan dilakukan.

Sumber: Astro Awani