Pada masa ini peminat bola sepak dari serata dunia sedang sibuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang berlangsung di Rusia.

Peminat bola sepak di Malaysia juga tak terkecuali dengan meluangkan masa di kedai mamak, rumah dan sebagainya demi menonton perlawanan pasukan kegemaran beraksi.

Cerita 21/6 , proses Fifa fan ID(visa masuk stadium) , mahirkan line metro berakhir awal sbb senang ramai volunteer FIfa tlg. So decide lah nk jln2 ke stadium Argentina V Croatia. Saje2.tiket xde. . Otw dlm train jumpa 3 org Argentina, so mcm biasa sembang sembang lah ringan mulut , kalau x nnti bosan. Pertengahan Conversation. Messi : which gate are you? Aku: i hve no tickets for this game. I come to enjoy the stadium atmosphere and see the festival. And maybe, there will be a lot of ‘ulat tiket’ just like Malaysia, i can buy from them. . Dorang pun gelak2 smbil kluar kan satu tiket, dia kata “this is your luck right here”, kawan dorg x jd dtg sbb terlepas flight, drg jual harga asal tiket je, from football fans to footballs fans. 169US Dolar. . Hati aku melonjak gembira tp aku tahan, menggunakan pengalaman belakon aku yg tak seberapa, aku pun berlakon, “oh but i only have 3000 Rubbels (RM 188)” siap bukak wallet mimik muka kesian. Duit mmg aku asingkan dlm beg sikit, dlm baju sikit , dlm seluar sikit, so kalau kene curi pun aku still ada cash. . Dengan baik hatinya drg ckp , we sell to you 2000 Rubbels (RM124) , so you can spent the rest of it for food. Dengan Happy nye aku terima, dan mula lah larian aku bersama mereka ke Stadium sbb ktrg semua dah lambat. Syukur atas nikmat ini. . #ArgentinaVCroatia #worldcupgame2018 #alikemoscow

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidz10) on

Pelakon teater Ola Bola, Luqman Hafidz, berkongsi pengalaman menonton perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di Rusia baru-baru ini.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan ke Stadium Nizhny Novgorod bagi menyaksikan perlawanan antara Argentina menentang Croatia, dia berjaya mendapatkan sekeping tiket perlawanan itu hasil dirinya yang peramah berborak dengan penyokong Argentina.

. Larian deras menuju Stadium Nizhny Nogorod mengejar wisel perlawanan sebelum dimulakan. Mereka ni lah yg bagi tiket perlawanan tu dengan harga murah. . Tapi ini shj lah memori yg ada dengan mereka sbb lepas tu mereka semua hilang bersama larian ala Aguero mereka. Sebenarnya nak ckp pasal fitness lebih kurang je, tp sbb dorang lari dengan ‘Intention’ demi negara yg tercinta itu yg tak terkejar tu. Aku ni dtg nk tgk player je. Jelas2 dlm hati sentiasa bendera Malaysia. . Terima kasih lah pada messi , aguero dan dybala atas tiket ini, dorang ada sebut nama, tp dh lari mcm ni mmg lupa lah. Sorry kat clown x sempat selfie im late.Larian 3km ke stadium yg akan sentiasa di ingati. Syukur atas segala nikmat. . #argentinavcroatia #worldcup2018 #alikemoscow #pumamy #pumamalaysia @puma

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidz10) on

“Messi: Which gate are you? (Anda di gate mana?),” tanya sekumpulan penyokong Argentina itu.

“Aku: I have no ticket for this game. I come to enjoy the stadium atmosphere and see the festival and maybe there will be a lot of ‘ulat tiket’ just like Malaysia, i can buy from them. (Saya tiada tiket untuk perlawanan ini. Saya datang untuk rasai atmosfera di stadium dan mungkin ada ramai ulat tiket seperti di Malaysia, saya boleh beli daripada mereka),” tulisnya di laman Instagram.

IG Luqman Hafidz

Tambahnya, dia menggunakan pengalaman berlakon untuk mendapatkan tiket itu dengan harga yang murah. Kemudian, Luqman berjaya mendapatkan sekeping tiket perlawanan pada harga murah iaitu RM124 sahaja berbanding harga ditawarkan iaitu 169 USD.

Sumber: mStar