Juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, selamat bernikah dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.

Difahamkan, ia merupakan perkahwinan kedua bagi Da’i Farhan dan dia turut berkongsi beberapa keping gambar pernikahannya di laman sosial Instagram.

“Amanah buat ku untuk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama lapan orang anaknya yang baik hati semuanya. Terima kasih buat isteri pertama ku yang sentiasa tabah dan kuat semangat dengan hakikat ini,” tulisnya.

“Moga segalanya dalam redha dan rahmat Ilahi. Aamiin. Mohon semua doakan yang terbaik untuk ustaz dan amanah yang Allah berikan pada ustaz ini. Fii amanillah,” sambungnya.

Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warga laman sosial dan juga pengikut Da’i Farhan.

Ada yang mengucapkan tahniah dan juga memuji bahawa Da’i Farhan berkahwin dengan ibu tunggal untuk melindunginya serta anak-anaknya sekali.

Tahniah buat Da’i Farhan sekeluarga dan semoga bahagia bersama isteri pertama serta isteri kedua yang baru dikahwini.

Sumber: IG Da’i Farhan