Semalam kecoh di laman sosial apabila dakwaan pendakwah bebas, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29 tahun, atau lebih dikenali dengan Da’i Farhan, menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris, pada tengah hari semalam.

“Yang cerai itu betul. Ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” tulisnya.

Difahamkan, Fatin diceraikan olehnya melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

FB Asiah Abd Jalil

Walau bagaimanapun, Farhan menafikan dakwaan lain yang mendakwa dia melakukan kekerasan terhadap Fatin seperti yang dikatakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Asiah Abd Jalil.

Malah, dia turut menafikan bahawa dia tidak berada di luar negara seperti yang dikatakan oleh wanita tersebut.

“Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul, yang (tuduhan) lain fitnah,” jelasnya kepada mStar.

Selain itu, Farhan tidak mahu mengulas lanjut mengenai punca penceraiannya dengan Fatin.

Semoga Fatin tabah menghadapi dugaan ini dan kita doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber: mStar