Untuk pengetahuan anda, kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan bahawa tarikh 30 dan 31 Julai ini dijadikan sebagai hari kelepasan am di seluruh negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menjelaskan bahawa cuti itu bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 30 Julai ini sekaligus akan turut ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari yang sama.

“Memandangkan dua peristiwa yang berbeza jatuh pada hari yang sama, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberikan hari kelepasan am pada kedua-dua hari berkenaan sebagai menandakan mustahaknya peristiwa itu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Jun lepas dan berharap rakyat Pahang dapat menghargai serta menggunakan cuti umum itu dengan sewajarnya.

Sumber: Astro Awani & Bernama