Kerajaan telah mengumumkan bahawa 30 Julai 2019(Selasa), diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan rasmi itu telah dimuatnaik oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar di laman Instagram peribadinya, hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019,” tulisnya.

Perkara itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Sumber: Astro Awani