Tempoh cuti bersalin seringkali menjadi isu di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Berita baik buat golongan wanita, tempoh cuti bersalin akan ditambah daripada 60 hari menjadi 90 hari mulai tahun 2021.

Gambar sekadar hiasan

Cadangan tersebut adalah antara perkara yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada Pembentangan Belanjawan 2020 di bawah strategi memodenkan pasaran buruh.

Menurutnya, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti bersalin, bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Semoga berita baik ini memberi kelegaan kepada para wanita yang merancang untuk hamil atau kahwin kerana dua tahun lagi tempoh cuti bersalin akan menjadi lebih panjang iaitu 90 hari. Dapat la golongan ibu berehat dengan tenang sehingga betul-betul sihat sebelum masuk ofis nanti! 🙂

Sumber: Sinar Harian