Jemaah Malaysia yang bakal menunaikan haji pada tahun ini bakal berhadapan dengan cabaran cuaca panas di Tanah Suci.

Pihak Lembaga Tabung Haji(Tabung Haji) menjelaskan bahawa suhu musim haji tahun ini dijangka mencecah 50 darjah Celsius.

Berikutan itu, Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, menasihati jemaah haji untuk menjaga kesihatan dan minum air yang banyak.

Menurutnya, pihak Tabung Haji turut menyediakan khemah di Arafah dan Mina yang dilengkapi pendingin hawa sebagai langkah persediaan untuk menghadapi situasi tersebut.

“Selain minum air, saya nasihat mereka jangan terlalu dedah di bawah cuaca panas bagi mengelakkan berlaku strok haba dan badan mengalami kekurangan air,” katanya.

Sumber: Astro Awani