Lama tidak mendengar khabar pelakon berbakat besar, Cristina Suzanne Stockstill, 33 tahun, di media hingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai kehilangannya.

Dia menerangkan bahawa dia sebenarnya sibuk menolong perniagaan keluarganya iaitu katering di Kuantan, Pahang.

mynewshub.cc

“Saya tak hilang pun… ada je dekat Kuantan. Tolong mak buat katering dekat kampung sejak setahun yang lalu,” jelasnya.

Menurutnya, dia seronok kerana sentiasa dekat dengan keluarga di samping mempelajari selok-belok bidang perniagaan serta membantu apa yang patut.

“Tetapi katering yang kami usahakan bukanlah secara besar-besaran tetapi lebih kepada majlis-majlis kecil seperti hari jadi, kenduri doa selamat, masuk rumah baru dan sebagainya,” katanya.

Walaupun namanya agak ‘senyap’, namun Cristina masih menerima tawaran berlakon dan tidaklah betul-betul hilang dari dunia hiburan.

Sumber: mStar