Hari ini, jumlah kes Covid19 terbaru kembali kepada dua angka apabila 39 kes dilaporkan membabitkan 28 kes penularan tempatan menjadikan jumlah kumulatif kes baru sebanyak 8,943 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan bahawa daripada 28 kes penularan tempatan, 22 adalah dalam kalangan warganegara Malaysia manakala enam lagi adalah warga asing seperti berikut:

Sarawak (19 kes)

  • Tujuh kes Kluster Sentosa.
  • Empat kes Kluster Kejuruteraan Kuching.
  • Empat kes Kluster Satok.
  • Satu kes Kluster Mambong.
  • Satu  kes Kluster PUI Melbourne.
  • Satu kes saringan pemantauan di pintu masuk lapangan terbang. Individu tersebut tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
  • Satu kes saringan kendiri. Individu tersebut tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sabah (Dua kes saringan pesakit berisiko tinggi)

  • Satu kes di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.
  • Satu kes di Hospital Lahad Datu.

Kedah (Satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga)

Selain itu, bagi kes jangkitan dalam negara, enam kes dalam kalangan bukan warganegara(BWN) pula adalah seperti berikut:

Sarawak: Dua kes Kluster Sentosa.

Kedah: Empat kes Kluster PUI Sivagangga.

Bagi kes import pula, 11 kes melibatkan empat warganegara Malaysia dan tujuh warga asing seperti berikut:

Arab Saudi (1 kes di Sabah)
Ireland (1 kes di Kuala Lumpur)
Korea Selatan (2 kes: 1 kes di Sarawak dan 1 kes di Kuala Lumpur)
India (1 kes di Kedah)
Rusia (1 kes di Kuala Lumpur)
Amerika Syarikat (1 kes di Kuala Lumpur)
Amerika Selatan (1 kes di Sarawak)
United Kingdom (2 kes di Sarawak)
Filipina (1 kes di Labuan).

“Sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat enam kes pulih dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 8,607  kes atau 96.24  peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” ujarnya.

Menurutnya, hanya satu kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan bergantung pada alat bantuan pernafasan. 

Tambahnya, tiada pertambahan kes kematian dicatatkan hari ini dan jumlahnya kekal 124 kes.

Sumber: Astro Awani