Sebentar tadi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah bersiaran langsung di akaun rasmi Facebook mereka untuk memberi laporan harian mengenai status wabak Covid19 di negara ini.

Menurut sidang media yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan bahawa kes baru pada hari ini hanyalah 36 kes sahaja.

Di samping itu, tiada kematian baru direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kematian 89 orang.

“Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,425 kes dengan 60.74% telah sembuh bersamaan 3,295 pesakit dan 1.64% atau 89 kematian,” tulis KKM.

Selain itu, jumlah kes sembuh terbaru adalah sebanyak 98 kes menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini meningkat kepada 3,295 orang.

Semoga jumlah kes virus berbahaya ini akan semakin menurun pada hari akan datang. Sila duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilakukan. We can do this!

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia